Monday, January 17, 2011

Fateh, segalanya bukan mudah...



Salam alayk...

Bukan mudah berdepan dengan saat-saat baru habis exam. Masa tengah exam, rasa macam2 nak buat. Tapi bila dah habis exam, rasa macam tak tau pulak nak start kat mane. So alhamdulillah dengan izinNya, pagi tadi dapatlah habiskan baca 1 buku tokoh ni, Muhammad Al-Fateh. Siapa tak kenal kan. Tapi mungkin ramai yang rasa macam dah kenal. Termasuklah diri sendiri. Yela, Muhammad Al-Fateh ni glamour sebab dipromote masa ISK. Tapi info yang dapat dalam ISK pasal beliau ni mungkin belum cukup buat kita kenal dengan dia. Baru sekarang betul2 rasa dah lebih kenal dengan pakcik ni.

Lepas habis baca page terakhir buku tu, tak tau kenapa, air mata ni mengalir. Rasa sebak sangat. Rasa macam time tu jugak nak pergi jaulah Turki. Nak tengok istana Topkapi, nak tengok sisa keruntuhan akibat peperangan yang masih tinggal. Teringat curahat Izzi pada diri sendiri after dia balik dari Turki. Oh siapa2 yang akan pergi jaulah Turki, silalah baca buku ni.

Kenapa sebak? Sebab rasa macam diri sendiri tak buat apa2 lagi untuk dakwah ni. Sebab malu sangat dengan Al-Fateh. Lagi-lagi, Al-Fateh tu lebih kurang sebaya je dengan diri sendiri. Tapi cabaran yang dia kena lalui pada usia ni jauh lebih hebat, jauh lebih besar. Dan dia berjaya kerana ketakwaan dia. Dialah pemimpin yang paling dan lebih bertakwa dari orang yang dipimpinnya. Dan kita yang mahu bergelar daie, yang mahu memimpin diri sendiri dan orang lain, di mana usaha kita dalam menuju ketakwaan? Mampukah kita untuk mengaku yang kita tak pernah tinggalkan bacaan Quran, qiam atau pun sesimple2 solat fardhu kita sebagaimana Al-Fateh seorang sahaja yang telah membuktikan bahawa dia yang paling layak jadi imam pertama Masjid Aya Sofia bila ditanya siapa yang tak pernah tinggalkan solat fardhu, solat rawatib mahupun qiamullail?

Memang comel kisah Al-Fateh masa kanak. Dia pun ada zaman jahiliyah dia sendiri, walaupun mungkin tak sedahsyat kita. Masa dia kecil, dia asyik nak main je dengan kawan2, langsung tak nak belajar. Tarbiyyah dia bermula apabila ayahanda dia, Sultan Murad, bagi kuasa pada cikgu dia untuk pukul dia kalau dia degil. Di situlah Al-Fateh mendapat turning point.

Dialah yang Rasulullah maksudkan sebagai sebaik2 pemimpin, dengan sebaik2 tentera dan sebaik2 rakyat. Mungkin pemimpin sebelum ni gagal menawan Constantinopel sebab kurang menitikberatkan aspek tentera dan rakyat sendiri. Seperti kita yang acap kali gagal meneliti 'tentera' dan 'rakyat' sendiri iaitu si dia yang bernama HATI. Tapi tidak bagi Fateh. Dia bijak menutup ruang2 cela yang mungkin boleh membekas pada redha Ilahi. Walaupun kalau nak fikirkan secara logik, apakah kaitan antara peniaga di pasar yang menipu dalam timbangan dengan kejayaan Fateh menumpaskan Konstantinopel. Tapi itulah yang Fateh buat. Macam dakwah juga, penting sangat2 kita menjaga hati, menjaga ibadat kita, menepis ruang2 membuat dosa. Padahal apakah kaitan semua itu dengan kefahaman Islam yang kita nak adik2 dapat setiap kali program? Setiap sesuatu itu ada kaitan dan akan memberi kesan kepada yang lain. Kerana yang memegang hati2 bukanlah daie tapi sang Ilahi.

Ataukah masih ada di antara kita yang mahu beralasan, Fateh mendapat tarbiyah sejati. Sebelum dia dilahirkan lagi, Raja Murad sudah anticipate yang puteranya yang seorang itu akan jadi penakluk Konstantinopel. Maka usaha demi usaha dibuat untuk menyiapkannya sebagai seorang penakluk. Dilengkapi dengan ilmu agama yang penuh di dada, ilmu peperangan baginda pun cukup hebat sekali sehingga Maharaja Konstantine dan panglima Rom tewas di tangannya dalam battle one-to-one. Tapi itu bukan alasan. Laluan Fateh menuju kepada tumbangnya kota Rom bukan laluan mudah yang ditaburi bunga dan dibentang karpet merah. Peperangan yang berlangsung dalam masa 53 hari itu menyaksikan episod turun dan naik iman tenteranya. Fateh berdepan dengan keraguan rakyat padanya sejak dari mula lagi untuk mentadbir Turki. Kalau nak cerita pasal strategi perang, macam2 dah dicuba - meriam Urban, kapal yang belayar di darat dan macam2 lagi. Dan kekuatan tentera Konstantinopel pun bukan calang2. Kalau nak diikutkan kekuatan perang, dua2 sama gagah, sama hebat. Dua2 pun kuat sembahyang, berdoa meminta pada Tuhan masing2. Tapi pertolongan Allah yang membezakan yang hak dan yang batil. Begitu juga daie, kita merasa susah kerana kita biasa hidup senang. Kita hidup dalam zaman di mana Islam dan jihad suatu perkara yang asing. Padahal sebenarnya life is a battle. You have to figure out which side you are on. Menang kita bukan kerana usaha kita, tapi bila mana kita sudah memenuhi syarat2 kemenangan, pertolongan Allah pasti kan datang.

Ada orang cakap, all is fair in love and war. Oh salah sungguh statement tersebut. Dan sesungguhnya Fateh bersetuju dengan saya. Sesusah mana pun keadaan, baginda sentiasa pastikan yang baginda mengikuti sunnah Rasulullah SAW - strategi peperangan Rasulullah. Syariat Islam ketika peperangan turut dijaga, tiada paksaan dalam memeluk Islam, asalkan mesti membayar jizyah. Malah ramai tentera Rom yang masuk Islam kerana keindahan akhlak Fateh yang semestinya bertunjangkan sunnah Nabinya. Bayangkan, ketika Fateh dan tenteranya berada di Pulau Magnesia untuk menjalani latihan ketenteraan, Fateh sakit dan mengidam buah delima, tentera baginda tidak berani untuk mengambil buah delima di pulau itu tanpa izin tuannya. Tentera jenis apakah itu? Ya, kitalah yang perlu menjadi tentera seperti itu!

Banyak lagi yang saya rasa nak tulis. Cuma saya rasa pakcik Abdul Latip Talib lebih arif tentang hal ini. Dan saya juga bukan penulis novel sejarah tokoh Islam seperti beliau. Cuma apa yang saya rasa, saya mahu terus membaca. Dan saya mahu membaca dengan fikrah. Supaya saya rasa apa yang ideal itu juga sebenarnya possible. Barulah apa yang dibaca tersemai dalam jiwa dan terbuah menjadi amal. Biiznillah.

0 comments:

Post a Comment