Tuesday, September 17, 2013

Seperti itik bercakap dengan ayam



http://hedgecombers.com/wp-content/uploads/2011/03/Chicken-Duck-Eggc.jpg
Sesungguhnya tajuk sedemikian arakiannya dia atas acap kali digunakan sebagai perumpamaan yang dipakai untuk melabel dua orang yang seems to be in the middle of conversation, seolah-olah ada halatuju dialog, ada provokasi dan ada reaksi. Tetapi rupanya hampeh sekali kerana sebenarnya kedua-dua manusia itu tidak mengerti apa yang diucapkan antara satu sama lain. Macam orang nogori bercakap dengan orang kelate.

Walaupun pernah sahaja berlaku kejadian 'aneh' seperti yang pernah saya alami di Republik Czech suatu masa dulu ketika terserempak dengan seorang muslim untuk bertanya kepadanya pandu arah ke satu tempat, dia menerangkan arah dengan menggunakan bahasanya yang setiap patahnya tidak saya mengerti (ditokok tambah dengan pelbagai gaya bahasa isyarat dan bahasa tubuh!) namun berjaya membawa saya sampai ke destinasi!

Saya terkenang-kenang perbualan saya dengan seorang pesakit berkewarganegaraan Bangladesh, mari saya namakan dia Encik SC. Tapi saya kira dia berasal dari keluarga berada, bukan seperti kebanyakan mamat-mamat Bangladesh yang masuk keluar dari negara kita yang menyebabkan kebanjiran PATI ( pendatang asing tanpa izin). Yang sering dipersalahkan sebagai sebab utama masalah sosial dan jenayah dalam negara. Yang menghairankan saya kerana kebanyakan mereka adalah muslim tetapi boleh dibilang dengan jari berapa ramai muslim malaysian yang merasa dan mempamer sense of belonging terhadap mereka ini atas nama bertuhankan rabb yang sama. Kebanyakan mereka sudah ada sentimen bahawa pendatang Bangladesh banyak membuat onar dalam negara. Tapi sekira-kira pembacaan saya, banyak lagi jenayah dan masalah sosial yang tak terbendung dek tangan anak jati negara kita sendiri - sembelih anak dan mak bapak, bersekedudukan yang lebih dahsyat lagi dengan mahram sendiri, tembak menembak sesuka hati menggunakan senjata - saya tak pernah dengar orang bangladesh terlibat dengan semua ini! Manusia memang cepat buat asumsi dan overgeneralisasi.

Mari kita berkenalan dengan negara Bangladesh lantas membersihkan semua persepsi kita berkenaan tanahair ini. Trivia of Bangladesh as how it goes:
- adalah negara dalam lingkungan Asia Selatan (adik beradik Asia kita rupanya) yang boleh dikatakan serumpun
- bahasa rasmi ialah bahasa Benggali ( jadi jangan kaitkan Benggali dengan pakcik benggali jual roti sahaja!)
- dikelilingi oleh Republik India, Bengal dan Burma dan dibasahi dan diairi oleh Delta Ganges maka seharusnya subur dan kaya dengan hasil pertanian
- asalnya merupakan sayap timur negara Pakistan sehinggalah dimerdekakan pada 1971 pasca Perang Pembebasan Bangladesh lalu berdikari menjadi sebuah negara sendiri
- menduduki carta sebagai negara ke8 paling ramai dan padat dengan penduduk (ya maka tidak hairanlah penghijrahan PATI  itu berlaku)
- 89% penduduknya merupakan muslim
- sudah semakin curious dengan Bangladesh yang anda ingat anda tahu itu, jadi sila teruskan pembacaan seterusnya atas usaha sendiri

Mr SC adalah antara pesakit saya yang saya syukuri kehadirannya, perkenalannya saya dengannya. Walaupun kenangan itu tidaklah terlalu manis, ada kelat-kelat buah dihujungnya. Dirawat di hospital saya akibat kemalangan motorbike yang ditunggang setelah lama tak menunggang di sebuah pulau peranginan dalam negara. Dia yang saya kenali adalah seorang yang ramah tamah dan terpelajar (muka memang nerd sebab pakai spek), merupakan seorang penuntut bidang sains di sebuah universiti yang tersohor di tanahair. Barangkali dia antara yang bertuah dari negaranya yang rata-rata dilanda kemiskinan, sebab jauh lebih senang terserempak dengan mamat bangla di petrol pump mahupun kedai mamak berbanding di universiti-universiti tempatan. Lagi satu perangai Mr SC yang saya tak boleh lupa - overly anxious. Hampir setiap jam bertanya bilakah tulang kakinya yang retak itu akan sembuh. Yang saya pula tidak berputus asa memberi ceramah kesihatan percuma kepadanya supaya berhenti merokok kerana itulah yang akan menjadi punca terlengahnya proses pemulihan tulang, sehinggalah dia dengan innocentnya bertanya kepada saya:

Dia: Doctor, is cannabis good?
Saya: Why do you ask? Do you ever take cannabis before?
Dia: Well, yeah  I do, why not. Cannabis is good, doctor. (bunyinya seolah-olah Cannabis itu halalan toyyiba sahaja, barangkali dia tidak tahu dadah itu boleh menyebabkan mandatory death penalty hanya dengan memiliki 200g sahaja di malaysia)
( Saya tanpa lengah mengorek-ngorek pengetahuan saya tentang Cannabis yang tidak berapa dalam itu, tapi saya masih tidak dapat melihat rasional bagusnya Cannabis selain menyebabkan ketagihan)

Ha, sekarang saya sudah tahu jawapannya. Pasti Mr SC gemar menggunakan Gugel sebagai laman enjin carian kegemarannya. Kerana sememangnya banyak manfaat yang dipromosikan oleh Gugel tentang dadah ini. Cannabis atau marijuana (sila baca marihuana) atau nama glamournya di malaysia - GANJA :
- berasal dari sejenis tumbuhan Cannabis sativa/ indica/ruderalis
- menempati tangga teratas dalam carta hati peminat substance abuse selepas rokok, alkohol dan kafein.
- boleh dikesan melalui air kencing ( saya hanya perlu order urine for drug test untuk mengesan THC (tetrahydrocannabinol), bahan aktif dalam ganja)
- kebanyakan negara mengharamkan pemilikan, penjualan, penggunaan, tramsportasi dan penanaman dadah ini walaupun ada sesetengah negara yang menghalalkan pemilikan dan penanaman secara peribadi (ramai pelancong yang mahu melancong ke netherland, amsterdam kerana mahu mencuba space cakes - kek yang dicampur dengan marijuana yang meninggalkan kesan high hanya dengan memakannya tanpa perlu menghisap seperti yang perlu dilakukan ketika mengambil dadah jenis ini)
- dadah jenis psikoatif ini memberi banyak kesan kepada minda dan jiwa - mula-mula memberi ketenangan dan euphoria (high), kemudian introspective dan metacognition (ala-ala muhasabah diri dan sedar dan boleh control cara berfikir) kemudian bertukar menjadi raksasa! - ANXIETY + PARANOIA
- anxiety itu apabila kamu meresah dan merisau pada benda yang tak perlu dan remeh temeh. paranoia itu apabila kamu jadi takut dengan keadaan sekeliling - merasa ada orang mahu bunuh kamu, bila kamu berjalam terasa seperti ada orang mengekori, wah, sungguh menggusar jiwa!
- saya bukan mengajar anda untuk menjadi penagih ganja tegar tahu?!

Baru saya faham kenapa Mr SC cepat anxious. Marijuanalah penyebabnya!

Terputus sebentar perbualan saya dengan Mr SC. Terdetik saya untuk bertanya soalan cepumas ini:

Saya: Are you a muslim? ( soalan ini memang burning question yang telah saya tahan berhari-hari kerana saya ternampak beberapa majalan tentang Bible di atas mejanya)
Dia: Well yes I am. And I think due to the benefits of cannabis, it is actually halal.
Saya: (tersedak). What do you think of alcohol then?
Dia: When alcohol helps to warm the body eg if you are staying in Antartica it definitely becomes halal because your body needs it.
Saya: Are you really sure about this? Well alcohol is also good for your heart if taken in moderate amount, helping to prevent heart attack. But are you sure if it is halal for these reasons? Then what about the verse in quran that mention about alcohol - the bad is more than the good?

 “Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.” (Al-Baqarah: 219)

Dia: (diam.krik krik)
Saya: That's why we really need to go in depth with the Koran. Its a manual for our life, as God taught us how to live by it.
Dia: You don't really need to read Koran. You already have Koran in you. All religion also the same. Same principle. Just live your life happily and be good to others. Religion is sooo logical, just live with this principle and you will be fine.
Saya: But do you know that you donating a dollar and a Christian donating a dollar is different? 
Dia: (buat muka blur as if telling me memangla different kalau sorang tu guna US dollar, lagi sorang tu pakai singaporean dollar)
Saya: Faith is the difference. You will get pahala or reward, but the christian don't, even though both of you donate the same amount of money. Because of the faith to god in you.
Dia: Then you will be a selfish person. Because you are doing things to get reward for yourself.
Saya: Then are you familiar with the term ikhlas?
Dia: (mata melilau ke kiri ke kanan) Do you mean surah al ikhlas?
Saya: (tertawa kecil) Ikhlas means you are doing something not for yourself, not for others, but only for the sake of Allah. From the smallest thing to the biggest thing in your life. It is the highest purpose that you could possibly have when doing something. Only those with faith to Him could possibly do something for Him right? Coz our final aim in life is to reach the heavenly heaven.
Dia: Define heaven to me.
Saya: The final place alloted to those who obeys his...
Dia: Tell me how does it look.
Saya: Well...(mula memerah otak) Err, it is like a big garden, with lots of trees, fruits, rivers with milk and honey flowing in it, there will be gold and...
Dia: And palaces and jeweleries and what not there right? You see, I don't think i need all that. Why would i need all that?We already have all those things in this world, I don't need them. We were asked to obey Him to get something that we already have, something that we are not in need of?
Saya: But then, do you ever thought of why the heavens were being described to us in such a way? If you still remember from the seerah, Koran was first revealed to an Arabic society who lived in deserts with glaring sun, dry environment. Some of them were peasants. Allah illustrated heavens so that heavens would sound promising and a very nice place to spend our entire life in. What pleases you right now? Gadgets? Cars? If those verses regarding paradise were to be revealed to you right now there and then, definitely gadgets and cars would be part of the quranic verses!
Dia: You see, you and me have very different way of seeing Islam.
Saya: Have you ever heard of Maher Zain's song about paradise, part of the lyric is actually taken from a hadeeth that describes heaven as a place that no eye has ever seen, a place that no heart has ever perceive? Descriptions in Koran just help us to imagine the greatness of heaven so that we dream and aim to schieve it whereby it is in fact beyond our limited imagination.

Hadis qudsi riwayat Bukhari & Muslim: Allah berfirman - Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaKu yang salih apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia.

Dia: Ouchhhh! 

Perdebatan hangat kami tamat di situ cuma. Dia menjerit bukan kerana terusik dengan kata-kata saya, tetapi kerana ternampak darah mula keluar dari branulla (nothing to worry, tapi dia yang anxious sendiri). Saya pun bergegas mencari heparine saline untuk flush kedalam branulla.

Tapi saya sememangnya terganggu dan terusik dengan prinsip hidupnya. Dengan jauhnya Allah dari hatinya. Sesungguhnya Islam itu satu, agama dari Tuhan yang Maha Satu, jadi ia perlu difahami dengan satu cara sahaja iaitu pemahaman yan sama sebagaimana mengikut kehendak Tuhan yang Satu. Pemahaman yang satu dan sama pada perkara asas dan pokok, tetapi memperoleh keberkatan dalam khilaf terhadap perkara-perkara cabang atau furu'. Itulah indahnya Islam ibarat sebatang pokok yang akar tunjangnya cuma satu tapi teguh, kukuh dan menancap ke dasar, namun diseimbangkan dengan hasilan ranting dan daun yang meliuk-lintuk ditiup angin bebas untuk bergerak tetapi masih melekat pada batang pokok. Saya tidak mahu terus bercakap dengannya dalam bahasa yang berbeza bak itik bercakap dengan ayam padahal kami makan dedak dan butir jagung yang sama!

Saya kurang pasti seserius mana dia mengambil dan menancapi kata-kata saya padanya. Saya boleh lihat jiwanya yang kusut dan penuh dengan tanda tanya. Semoga Engkau mengampuni dia ya Allah dan juga diriku atas kekurangan-kekurangan kami dan terus melimpahkan hidayahMu pada kami agar menjadi hambaMu yang lebih baik.

Allahu rabbi warabbuka.



















Sunday, November 13, 2011

Hijau dan jalan ini


Pagi itu terasa hening. Mulus. Bukan selalu dapat keluar rumah menghirup udara segar dengan suasana kehijauan terbentang di depan mata. Yang ada di rumah Abrar hanyalah simen batu yang kaku tanpa kata. Alhamdulillah. Nampak baldi buruk di laman tepi rumah. Mantan baldi yang ayah gunakan khusus untuk mengecat rumah warna hijau setahun yang sudah. Penuh dengan rumput-rumput liar yang mula dicabut semalam. Itu memang azam balik rumah kali ini, mahu cabut rumput keliling rumah, walaupun ayah kata bila-bila masa sahaja boleh panggil pakcik tukang mesin rumput. Tapi rasa macam takkan pernah habis cabut rumput-rumput ini, walaupun sudah dicabut tapi macam tak terasa kesannya. Melihat rumput-rumput yang belum dicabut, terasa banyak lagi rupanya kerja yang perlu diselesaikan. Kan begitu juga perasaan rijal dakwah, jalan masih panjang, kerja tak menang tangan. Jadinya, selalu bertanya diri, betulkah setiap detik penuh terisi? Demi masa, firman Tuhan dalam warkahNya. Procrastination is the thief of time, madah Inggeris berbicara. Tapi itulah manusia yang mengingat mati cuma kadang-kadang sekali. Padahal apabila mati itu jadi motivasi, seolah-olah tiada esok hari. Benih di tangan terus ditabur. Disiram, dibaja tanpa libur-libur.
Pergi pula pada pokok-pokok bunga. Tak berapa banyak jenisnya, dan tak berapa ku kenali namanya. Subhanallah ciptaan Sang Esa, ada yang warna merah, warna hijau, hijau dan hijau.Tapi banyak yang sudah ‘kerepot’ daunnya, mungkin sudah dimamah usia, tapi yang pastinya adalah kerana kurang disiram. Ya, dulu emak memang rajin. Rajin memekik pada kami ala-ala Badang gagah perkasa supaya menyiram pokok bunganya. Tapi sekarang entah siapa yang menyiram, entah bila kali terakhir disiram. Emak pun sudah hilang kuasa Badang untuk menyuruh kami menyiram. Tapi memang kurang enak melihat pokok yang asalnya menghijau, tapi dicacati daun mati kuning. Pasti begitu juga kondisi hati. Ya, pasti ada bahagian yang kemerah-merahan dan masih basah, tapi apa jadi dengan bahagian yang necrotic, gangrenous and dead? Dalam desahan tarbiyyah dzatiyyah – yang wajib sebagai nasi makanan ruji, dan yang sunat bagai lauk-pauk lazat yang mana tanpanya , ya kita masih boleh kenyang dan rasalah sikit-sikit manis di hujung-hujung lidah apabila enzim ptyalin bersatu dengan kanji masak tapi mungkin makan macam orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dan tanah dalam pasu itu, kering kontang, sekontang bumi Afrika, sejurus air disiram, ya air itu memang menyerap tapi lambat sekali. Jika betul-betul dibilang masa menggunakan jam randik, pasti lebih dari 10 saat. Hati juga, apabila banyak bahagian yang gelap, masakan boleh menembus cahaya nur huda Ilahi. Cuma bezanya, mata kita sentiasa peka menilai beauty and the beast akan apa yang mata kita tancapi. Tapi adakah hati kita that sensitive?

Wednesday, October 26, 2011

Randommssss...

Lamenye saya tak menulis. Kerana sebuah kata 'sibuk' itu terlalu senang untuk diungkapkan, apatah lagi sejak bergelar final year. Ya benar, memang sibuk, tapi dah betul2 pasti ke masa tu memang tak ada? (yang itu sendiri mau ingat)

Baru2 ni, banyak sangat kisah sedih yang lama mengusik jiwa. Tak kurang juga dengan kerunsingan akan masa depan yang belum pasti. Tapi tadi Allah Mengilhamkan saya melalui tulisan pakcik PJ (glamor insyaAllah) - Hiduplah dengan apa yang ada sekarang. Toksah dikenang yang lalu sebab dah tak ada dalam tangan, toksah dikenang yang akan datang sebab belom confirm lagi akan datang, mungkin kita yang akan 'pergi';p Memang penat apabila kita cuba untuk hidup dalam 3 masa: masa lalu, sekarang dan masa akan datang (patutla rasa penat fuh). So simple kan, hidup saje dengan masa sekarang.

Oh Allah, buatkan aku selalu mengingat MU dan MATI, agar terdorong amalku...

Friday, September 9, 2011

erti sebuah K.E.S.Y.U.K.U.R.A.N.

Alhamdulillah...
Terima kasih ya Allah

atas segala nikmat yang kau kurniakan

terima kasih...

atas keterbatasan akal yang mengajarku menghargai satu ilmu dan kefahaman

atas kesempitan waktu yang mengajarku menghargai satu minit tambahan

atas kemiskinan yang mengajarku menghargai satu ringgit lebihan

atas kelaparan yang mengajarku menghargai sebiji kurma dan seteguk air

atas kelemahan badan yang mengajarku menghargai satu kekuatan

atas keseorangan yang mengajarku menghargai satu detik bersama seorang teman

atas kemuraman yang mengajarku menghargai sepotong senyuman yang berjaya diukirkan

atas tangisan yang mengajarku menghargai satu suasana kegembiraan

atas kesilapan yang mengajarku menghargai satu kebenaran yang ku lakukan

atas kefuturan yang mengajarku menghargai satu lintasan himmah yang ku rasakan

atas kelalaian yang mengajarku menghargai satu saat kekhusyukan

atas dosa yang mengajarku menghargai satu amal soleh dan taubat yang berjaya dilakukan

Terima kasih ya Allah...atas segalanya -
sungguh, duduk di bawah dan atas hanyalah ujian dalam perjalanan...
semuanya hanya berlaku atas ketentuanMu yang Maha Teliti dan Maha Mengetahui segalanya
pengakhiran yang baik jualah yang kami harapkan.

p/s: terima kasih ya Allah atas tarbiyyah yang mengajar kami menghargai erti belajar daripada segala yang berlaku

"ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ala deenik

Jazakumullahu khairan katheera buat semua yang bersama2 dalam perjalananku ini..

Wednesday, June 1, 2011

Virus-virus ukhuwah

Salam akhawati fillah,

Kaifa halukum? Alhamdulillah, ana bi khair...sudah terlalu lama rasanya tak ungkapkn kata2 rindu dan cinta buat diri2 yg ana sgt kasihi krn Allah SWT. Mintak maaf ya kalau byk hak2 yg tak tertunai dan lama rasanya tak sharing2 ayat2 cintaNya kn? Di pg subuh yg hening dan mulia ini, ana nak share kn satu article yg sgt dekat dgn kita...its a gentle reminder esp esp for me and also to my beloved sisters.

Virus-virus Ukhuwwah

Seorang sahabat adalah manusia, dia itu dirimu, hanya saja ia adalah orang lain…

sekilas lalu,virus2 ukhuwah ini adalah seperti berikut:

1) tamak akan kenikmatan dunia(20:131)

“seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi)


2) lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama

“tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih

hadis Nabi: ..agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.

3) tidak santun dalam berbicara-suara tinggi/kata-kata kasar(31:19)
-tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika bicara atau mberi salam, tidak menghargai keberadaannya
-bergurau secara berlebihankelembutan adalah anugerah, ucapan paling baik adalah kejujuran
sedang bergurau secara berlebihan merupakan kunci segala permusuhan

-sering mendebat dan membantah

“sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.” (hadis nabi)

-kritikan keras yang melukai perasaan

4) sikap acuh(59:9)

…rindu, kedekatan, dan kehangatan perasaan adalah ibarat bahan bakar yang menyalakan ukhuwah abadi, menambah gelora semangat, dan meringankan segala beban yang ditanggung….aku hairan, mengapa selalu merindukan mereka
menanyakan keadaannya kepada setiap orang yang ku temui
padahal mereka di sini bersamaku
mataku mencari mereka ke sana kemari
padahal mereka ada di dekat pelupuknya
hatiku bergejolak merindukan mereka
padahal mereka ada di antara tulang rusukku

sekalipun wajahku tak dapat menatapmu lagi
namun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirna
aku tidak akan berhenti memujimu
dari kejauhan, bersama untaian doa
jiwaku akan selalu merindukanmu
bersua bersama penuh ketulusan dan cinta

jiwaku adalah jiwaku,jiwaku adalah jiwanya
hasratnya adalah hasratku, hasratku adalah hasratnya

5) mengadakan perbicaraan rahsia (58:10)

“jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”(hadis Nabi)

6) keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran

“cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.”( hadis Nabi)

7) sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar

“ruh ruh itu bagaikan bala tentera, jika mereka saling kenal, maka akan bersatu. Namun jika tidak saling kenal, maka akan berselisih.” (hadis Nabi)

memberi teguran di depan orang lain

…penyebab cepat pudarnya rasa cinta dan mudah menanam bibit-bibit permusuhan…

9) sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan

terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannya
sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya
terimalah sahabatmu kerana jika ia menyakiti
lain kali ia membahagiakansiapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat

“seorang suami yang Mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap sebagian perangai isterinya, maka ia akan menyukai perangainya yang lain.”(hadis Nabi)

jika tak menegur bererti tiada cinta
cinta tetap bertahan selama ada teguran*

banyak yang tinggal jauh namun ia dekat dihati
banyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukai
apalah erti jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani

10) mudah percaya terhadap orang yang-orang yang mengadu domba dan memendam dengki

…orang2 yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan…(8:63)

11) membuka rahsia

…jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan…

12) mengikuti prasangka(49:12)

orang Mukmin selalu mencari alasan agar boleh memaafkan, sementara orang munafik selalu mencari cari kesalahan.

13) mencampuri masalah peribadi

“diantara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (hadis Nabi)

14) egois, sombong, tidak empati…

“siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (hadis Nabi)setiap sahabat selalu dekat dikala senang
namun sahabat sejati adalah yang tetap menemani
ketika penderitaan menimpa

15) menutup diri, berlebihan, membebani, dan menghitung hitung kebaikannya kepadamu

carilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya

16) enggan mengungkapkan perasaan cinta,…

“jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”(hadis Nabi)

17) melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia

orang yang tidak boleh membuktikan cintanya kepada sahabat lama tidak akan mampu membangun cinta dengan sahabat baru

18) suka menonjolkan kelebihan peribadi,…

jika seorang daie mendermakan dakwahnya hanya untuk Allah semata, bukan untuk kepentingan peribadi, masalah2 biasa tidak akan berubah menjadi problema besar atau malapetaka…

19) mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat

“tanda tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mengingkari, dan jika dipercaya, ia berkhianat.”(hadis Nabi)

20) selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuatnya resah.

21) terlalu cinta

“cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti.”(hadis Nabi)

insya Allah, seizinnya..mari reflek diri..kerana sesungguhnya, tahap terendah adalah untuk berlapang dada sesama kita..n tingkat tertinggi pula, adalah untuk melebihkan mereka, lebih dari diri kita sendiri…



Jln dakwah ini jauh & pjg, kita takkan mampu laluinya dgn ukhuwwah yg keruh dan hati yg berat di antara kita. We are all humans and of course, takkan pernah terlepas drpd melakukn kesalahan. Disebabkn matlamat dan tujuan akhir kite terlalu besar & agung, sudah pasti kita mampu membuangkn yg keruh dan ambil yg jernih dlm ukhuwwah ini. I know its not easy, but iAllah dgn solat2 kite, bacaan Quran kite, zikir munajat dan ibadah2 kite yg lain, Allah akn izinkn, mudahkn dan bimbing diri kite..iAllah, yakin...

Ana sgt2 sayangkn antunna Lillahi Taala...Tiada ape yg lebih best selepas nikmat Iman& Islam melainkn nikmat ukhuwwah krn Allah SWT ni. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah....Pls remind me bile ana lupa & lalai. nak masuk syurga sam2 ngan antunna..huhu

Wassalam

Tuesday, May 24, 2011

orang seringkali mengharapkan kita ini dan itu, berharap yang kita yang kena membuat perubahan, kita yang kena start everything. Tapi jarang sekali orang bertanya apa sebenarnya yang kita perlukan, meraikan keinginan2 kita (mungkin kalau bukan untuk merealisasikannya pun, sekurang2nya mendengar), orang hanya pandai menyuruh...menyuruh...dan menyuruh...sehingga dia tidak sedar kulit mula tertanggal dari isi, otot mula tertanggal dari tulang...im rotten...

kalau cakap soal hati, mungkin dah tak nampak sekelumit pun isi daging hati tu...sebab dah hancur luluh.malu nak ngaku, esp kalau rasulullah dgr, dugaan ni xdela sebesar mana...cuma aku ini yang hanya manusia biasa...

dan kerana biasa dan kerdilnya aku ini sebagai seorang manusia, kerana itulah aku memerlukan sesuatu...sesuatu yang orang jarang sekali bertanyakan tentangnya, tetapi hanya pandai menyuruh aku berbuat ini dan itu...orang menyuruh kita supaya memerhatikan orang lain supaya tidak rasa keseorangan, tapi bagaimana mungkin aku mahu melakukannya kalau aku sendiri ada masalah yang sama???

Sesungguhnya orang memang hanya pandai menyuruh itu dan ini...dan berselindung di sebalik kalimah 'tarbiyyah'...