Apakah rahsia kekuatan-kekuatan itu?
Rahsianya yang aneh itu bukan dalam kilatan kata-katanya, bukan dalam irama kalimat-kalimatnya. Ia tersembunyi dalam kekuatan iman yang ditunjukkan oleh kata-kata dan apa yang di belakangnya. Rahsia itu terdapat dalam tekad yang kuat untuk mengubah kata-kata yang tertulis menjadi gerakan yang hidup, mengubah pengertian yang difahami menjadi kenyataan yang dapat diraba.
Ia bukan setaip kata-lata yang disampaikan kepada hati orang-prang lain, lalu digerakkannya hati itu, dikumpulkan dan didorongnya. Ia adalah kata-kata yang mengucurkan darah, kerana ia adalah getaran jantung manusia yang hidup. Setiap kata-kata yang hidup menggetarkan jantung manusia. Tetapi kata-kata yang lahir du bibir, yang dilontarkan lidah, dan dengan demikian tidak sampai kepada sumber ilahi yang hidup, adalah kata-kata yang dilahirkan mati, tidak satu jengkel pun dapat mendorong manusia ke depan. Tidak seorang pun mahu mengambilnya, kerana ia telah dilahirkan mati. Orang tidak mahu memungut anak-anak yang mati.
Para penulis sebenarnya bisa berbuat banyak. Tetapi ada satu syaratnya : mereka mati agar fikirnya terus hidup. Fikiran mereka itu harus diberi makan dengan daging dan darah mereka sendiri. Mereka harus mengatakan apa yang mereka percayai benar, dan mereka mahu menyerahkan darah mereka sebagai tebusan dari kebenaran itu. Pemikiran dan kata- kata kita tetap akan merupakan mayat yang kakau, sampai kita mahu mati untuk kepentingannya dan kita sirami ia dengan darah kita. Lalu ia tumbuh menjadi hidup, hidup di antara orang- orang yang hidup.
Maka kepada orang-orang yang duduk di meja tulis mereka, yang bekerja keras untuk bakat mereka, memilih kata-kata yang indah, mengukir kalimat-kalimat yang berbunyi keras, menciptakan kata-kata yang penuh khayal yang gemilang, kepada orang-orang seperti itu, saya ingin memberikan nasihat : Janganlah bersusah payah seperti iut, kerana kilatan jiwa, cahaya hati, yang didapat dengan hati yang suci, api keimanan kepada gagasan, inilah satu-satunya yang menimbulkan kehidupan, kehidupan kata-kata dan kehidupan kalimat-kalimat.
Lalu kenapa?
Lalu orang yang mampu bekerja seklai-kali janganlah berhenti bekerja, jika ia ingin melaksanakan kewajipan dengan kata-kata. Inilah pemikiran yang saya ingin memperingatkannya, setelah saya kemukakan keyakinan saya tentang kekuatan kata- kata, dan pengaruhnya yang dapat dirasakan dalam kehidupan.
Dalam banyak keadaan, yang benar adalah apa yang dikatakan penyair.
Tetapi dalam banyak keadaan pula, tidak ada gunanya kita berbicara dan berbicara, lalu kita tidak berbuat apa-apa. Dalam keadaan ini, kata- kata ini hanyalah membuang-buang potensi ada saja dan bukan menciptakan potensi tenaga. Lalu ada sejumlah kecil para penulis yang jarang dijumpai yang mempunyai bakat istimewa, merekalah yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kata-kata menjadi tenaga. Prinsip utama adalah bahawa orang yang harus bekerja dan dengan bekerja itu ia dapat merealisasikan potensi yang dimilikinya menurut keinginannya.
Tetapi kata-kata itu sendiri, walaupun bagaimana ikhlas dan penuh daya ciptanya, ia tidap dapat melakukan apa-apa, sebelum ia menempatkan diri dalam suatu gerakan, sebelum ia terlambang dalam diri seorang manusia. Manusia- manusialah yang merupakan kata-kata yang hidup yang dapat melaksanakan pengertian dalam bentuk yang paling lancar.
Lailatul Qadar
1 week ago
0 comments:
Post a Comment