Sunday, December 19, 2010

Roti Pizza Areeshah...(mungkin lebih relevan di UK-Eire)

ROTI PIZZA

Bahan A
3 cawan tepung gandum
5 sudu mentega di gaul jadi serbuk dengan tepong gandom

Bahan B
1/2 buku yis
3 sudu tepung gandum
3 sudu gula pasir
1 cawan air peti ais
1 sudu tea garam
2 sudu susu cair atau susu pekat (kurangkan gula jika bubuh susu pekat)
ADUNAN B DI KACAU HINGGA SEBATI

CARA:

Masukkan bahan B ke dalm bahan A.Gaul rata biarkan naik 30-45 minit.
Setelah naik,uli lagi sekali,dan bulatkan sebesar pizza yang hendak dibuat biarkan sebentar hingga naik lagi.Leperkan dlm bekas,biarkan lagi nampak naik sapukan sos cili atau thousand island ikut rasa yg hendak Taburkan mozorella chees dan kemudian bahan2 yg hendak dibuat inti piza, dan taburkan mozorell chees lagi sekali / atau chess biasa atau mayonis ( boleh campor semua jika mahu) dan Akhir sekali taburkan aji sio/ bahan perasa dan bakar.


INTI
isi ayam ( untuk goreng - potong kecil-kecil atau boleh juga di rebus sekejap masa rebus masukan garam dan setelah masak siatkan ikut besar mana yg hendak.)
udang atau sotong (jika mahu - rebus sekejap dgn garam) untuk pizza thosand island
bawang besar ( potong 1/2 inci lebar dan panjang 1 inci - macam emak buat ( agak-agak)
sayor campur ( kalau hendak)
nenas dipotong dadu
sosey/isi ketam/hot dog
tomato (kalau hendak)
cili sos
cili besar ( potong 1/2 inci besar dan panjang 1 inci )
cheese/mayonis/ mazorell chees (utk tabur diatas)

(ADIK ! BAHAN INTI - ADIK AGAK YE NAK BUBUH APA)
UNTUK MASAK AGAK -AGAK, NAK TAU MASAK - CUCUK LIDI ATAU GARPU JIKA TIADA TEPONG MELEKAT - TANDA SUDAH MASAK PIZZA TU)

0 comments:

Post a Comment