dakwah oh dakwah.. bukanlah cukup dinamakan berdakwah apabila ia
sekadar menjadi suatu yg rutin tanpa hati dan kehidupan..
inilah yg pernah aku lalui,
merasakan dakwah adalah 'bergerak' dan sentiasa 'berputar' hingga
terlalu fokus kepada teknikal dan terlupa pada esensi dakwah itu
sendiri- iaitu menyampaikan...
walau pengalaman ini tak banyak mana pun, cuma moment2 terkeliru
tersebut membuat kurasakan bahawa adik2 perlu utk berhati2 agar tidak
melalui kekeliruan yg pernah kulalui..
dakwah bermula dengan jihad dengan lidah, itulah hakikatnya. tiada
dakwah jika tiada apa yg disampaikan. apalah erti dakwah tanpa maudhuk
untuk diberikan. apabila kita bersyahadah, serentak itu tertaklif
suatu tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran... kata sheikhuna,
dakwah bukannya baju, yg dipakai ketika bersama mad'u, kendian
ditanggalkan apabila tak bersama mereka.. bersama kawan, kita jadi
biasa. bersama lecturer, kita sekadar murid. bersama housemate, kita
sekadar rakan serumah.
hakikatnya dakwah harus berlaku di mana2 sekalipun.. kitalah suatu
sosok yang berdiri tegar, sentiasa menjadi penyampai kebenaran.. kita
tak hanya bercakap ttg dakwah ketika di dalam usrah dan daurah
semata.. harusnya kita sentiasa berkisar ttg dakwah.. hattakan apabila
sesama kita bertanya 'keifa haaluki?', otomatis kita tahu apa ertinya
'haal' yang ditanya...
dakwah memberi kehidupan, maka harusnya kita HIDUP DALAM DAKWAH dan
dakwah yang dibawa harus sentiasa HIDUP dalam kita! hidup, dalam
ertikata bernyawa, punya obsesi, sentiasa berhimmah, segar bugar dan
marak menyala! sheikh muntalaq dalam raqaiq berpesan, kita yang
membawa dakwah harus menjadi JIWA yang MENERANGI dan bercita-cita
tinggi...
sememangnya itulah dakwah... dakwah bukan bertujuan untuk memberi kita
suatu rasa 'termulia berbanding manusia'; kerna apalah mulianya kita
bila segala amal yg bukan kerana Allah akhirnya akan menghumban kita
ke dalam neraka.. dakwah bukan sekadar menambah inci tudung, menambah
panjang baju, atau memutus hubungan dengan pasangan non-halal.. dakwah
ialah kehidupan! ia memberi hidup, menghidupkan yang mati agar hidup!
hidup! hidup!
bagaimana hidupnya dakwah bila kita mematikannya di pintu tasbih kifarah..
bagaimana hidupnya dakwah bila kita berma'thurat sekadar pada bibir
sedang mata tertutup dan hati terlelap..
bagaimana hidupnya dakwah bila kita bersibuk-sibuk hanya pada hal
sepinggan nasi kita di dunia..
bagaimana hidupnya dakwah bila perbualan, facebook, blog, sms, telefon
kita lebih banyak ttg hal2 lagho dan tak terkait langsung dengan
DAKWAH...
oh dakwah
maafkan kami
sebab selalu terlupakan kamu..........
Lailatul Qadar
1 week ago
0 comments:
Post a Comment