Bismillah
Manusia punyai kepelbagaian emosi. Turun naiknya mempengaruhi bagaimana dia meletakkan lensa melihat dunia. Tetapi apakah itu erti bahagia? Gembira sukma? Kadang2 terasa meledak di jiwa, namun tak mampu dikongsikan dengan siapa-siapa?
Tapi pernahkah manusia itu terfikir bahawa nikmat itu tidak pernah sempurna? Sesungguhnya Yang Maha Esa Menolak untuk menyempurnakan nikmat buat sang insan kerdil, kerana jikalau tidak, untuk manusia meninggalkannya adalah mustahil.
Masakan tidak. Nikmat makan itu, sempurnakah kalau terlalu banyak makan pun perut pasti senak? Nikmat hubungan suami isteri itu, sempurnakah kalau kadangkala tersilap bicara hinggakan menitis air mata? Nikmat udara, sempurnakah andai kita terbatuk-batuk dek menjadi perokok sekunder yang terbau-bau asap rokok orang sebelah?
Bak kisah sahabat Nabi SAW yang cuba menyaingi unta Nabi yang paling tangkas, iaitu Si Tangkas Al-'Adhba. Betapa berang sahabat lain yang melihatkan sahabat yang seorang ini cuba untuk mengatasi seorang nabi, bahkan dijawab pula oleh Rasulullah yang mulia, "Biarkanlah. Sesungguhnya Allah tidak Meletakkan seseorang di atas, melainkan dia akan berada di bawah pada suatu ketika nanti."
Justeru, mengapa kita gembira sebenarnya? Mungkin kerana hati yang puas memperoleh sesuatu. Berjaya mendapat apa yang dimahu. Jauh lebih gembira lagi apabila sesuatu itu kita telah lama impikan. "Kasut jenama Clarks yang elegan itu, kini sudah aku yang punya setelah 70% diskaun sempena Boxing Day.Padan sungguh kasut itu apabila digayakan bersama beg tangan coklatku. Wah..." Betapa teliti kita mengcustomize penampilan kita di khalayak ramai. Tapi, bagi kita yang konon-kononnya mahu ke syurga, pernahkah kita mengcustomize syurga bagaimana yang ingin kita diami?
Mungkin kerana syurga itu terlalu jauh dari gapaian mata, lalu kita sukar berfantasi tentangnya. SYURGA, what so special about it? Lantas, mari berkhayal!
Bayangkan kita sedang menghampiri syurga. Lantas kita teringat akan sebuah hadis Qudsi yang menyebut betapa Allah telah mempersiapkan syurga tatkala Dia menetapkan takdir untuk hambaNya lebih seribu tahun yang dahulu. Wah, terasakan betapa istimewanya ahli syurga! Ibaratnya kita tetamu VVIP yang dinanti-nanti. Bahkan Allah yang Menyempurnakan syurga itu sendiri, tanpa Mengarahkan sang malaikat melaksanakannya. Ini sudah dua kali istimewa!
Kata Seven Heaven. Apa bezanya tingkatan-tingkatan syurga? Untuk berempati dengan kesempurnaan syurga yang hakiki, selayaknya kita cuba merenung tingkatan syurga yang paling bawah sekali. Bahkan Nabi Musa juga ingin tahu seperti kita. Lantas dijawab oleh Tuhan Yang Maha Esa, bahawa didalamnya darjat kamu jauh lebih tinggi dari mana-mana raja atau sultan atau pemimpin di dunia. Queen Elizabeth yang menguasai Britain dan jajahannya, mahupun Sultan Brunei yang kaya-raya dek hasil minyak negara. Subhanallah, maka Allah SWT menjanjikan mereka kepuasan nafsu dan keabadian di sana.
Melewati lawak jenaka yang pernah diucapkan oleh junjungan besar SAW kita. Tatkala seorang tua bertanya kepada baginda, apakah dirinya layak ke syurga. Tumpah terus air mata dalam esak tangis apabila Nabi SAW menidakkannya. Hanya kerana di syurga hanya dipenuhi orang muda. YA, ORANG MUDA! Muda bukanlah bermaksud orang-orang tua di dunia tidak layak ke syurga. Tetapi kerana semua orang di syurga pun akan jadi muda. Sekitar 30-an usianya. Subhanallah, mari berfikir kenapa. Ya, terus di sini jawapannya. Kerana pada usia inilah, manusia adalah paling matang, paling dapat mendalami dan menghalusi setiap nikmat yang menenggelaminya. Inilah yang dikatakan nikmat yang sempurna, apabila setiap cebisan nikmat itu dirasai semaksimum yang mungkin.
Teruskan imaginasimu.
Aduh, ingin sekali kita berbicara dengan ahli syurga! Bukankah mereka ini akan mengatakan perkara melainkan yang sia-sia? Rupa-rupanya gerakan bibir mereka tidak henti-henti dihiasi zikir. Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar...Masakan di syurga mereka masih dibebani ibadah? Siapa kata?
Padahal mereka bertasbih kerana terlalu merasa tenang dan bahagia. Padahal mereka bertahmid kerana itulah interaksi dengan Yang Maha Perkasa. Padahal mereka bertakbir kerana indahnya pemandangan syurga tak terucap dek kata-kata. Maka apakah yang lebih meruntun hati melainkan apabila Allah menurunkan hijabNya agar yang melihatnya terkesima?
Now, we have heard enough.
Jadi, apa solusinya untuk ke syurga?
133. Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (Ali Imran)
Ya, mari bersegera! Berlumba-lumba! Allah sudah lama Mempromosikan syurgaNya. Pastinya kita tidak mahu menjadi golongan yang tercicir. Tidak beza dengan tawaran kemasukan ke universiti-universiti setiap kali bermula pengambilan baru. Siapa cepat dia dapat, kalau terlambat tak dapat tempat. Itulah yang mula-mula dicanangkan. Tapi selepas itu, berlakulah tapisan demi tapisan. Keputusan kamu mestilah sekurang-kurangnya sekiansekiansekian. Kamu juga perlu membayar sekiansekiansekian. Kamu juga wajib ada sijil sekiansekiansekian. Eh, kan syurga pun begitu? Betapa banyak pun pintu, tetapi setiap pintu hanya boleh dimasuki oleh orang tertentu.
Secara mudahnya, syurga itu tidak murah. Syurga tidak menerima sepah dan sampah.
111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah)
Lailatul Qadar
1 week ago
0 comments:
Post a Comment